The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan PM QF1: Selangor FC vs Negeri Sembilan FC

Nov 06, 2022 - FAS

Selangor FC bakal bertemu seteru Negeri Sembilan FC bagi perlawanan Suku Akhir kempen TM Piala Malaysia di Stadium MBPJ pada jam 9 malam ini.

Pasukan Gergasi Merah berjaya melayakan diri ke pusingan Suku Akhir TM Piala Malaysia dengan agregat 3-0 menentang Kelantan United minggu lalu. Baca reviu perlawanan di sini.

Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC tidak menafikan kekuatan pasukan The Jang namun beliau percaya pemain Gergasi Merah mampu membawa bekalan yang positif ke Paroi, Negeri Sembilan minggu hadapan.

“Pasukan lawan berada di tahap terbaik kalau kita lihat momentum mereka dalam perlawanan-perlawanan terakhir mereka mempunyai kekuatan tersendiri.

Walau bagaimanapun, saya mahu pasukan mengambil kesempatan untuk mendapatkan keputusan yang baik bagi membawa bekalan ke perlawanan away nanti,” harapan Tan Cheng Hoe.

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Piala Malaysia hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang masih dalam proses pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’, manakala Halim Saari masih lagi dalam proses pemulihan penuh daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Selain itu, Harith Haiqal dan Baha’ Abdelrahman tidak dapat bersama pasukan atas faktor kecederaan di bahagian hamstring. Begitu juga Zahril Zabri kerana mengalami Meniscus baru-baru ini. 

Selangor FC mendoakan kejayaan milik pasukan. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!